You Are In The Right Places Now !!!

Jom Dengar

Friday, November 6, 2009

Sejarah Hidup Ku Sebagai Manusia


Nama aku Mohammad Fitri Aziz Bin Muhamad Noor. Aku dilahirkan pada 25/04/1992 di Hospital Kuala Pilah dan dibesarkan di salah sebuah tanah rancangan Felda. Aku terus dibesarkan di sini dan mendapat pendidikan awal di tahun 1-6 di Sek.Ren.Keb.Jelai 1 (F) dan aku meneruskan pelajaran ke tingkatan 1-5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F). Sek.Men.Keb Jelai (F) adalah salah satu sekolah luar bandar. Sekolah ni telah mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum seperti unit beruniform,kelab dan sukan/permainan. Pada tahun 2007 sekolah ini telah memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah Lonjakan Saujana peringkat kebangsaan. Semasa aku belajar di sekolah ini aku telah menjadi salah seorang atlet yang telah mengharumkan nama sekolah. Sekolah ini memang terkenal dengan sukan olahraga. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah kecermelangan olahraga. Sekolah ini juga terkenal dengan Program ICT,PMR dan SPM. Guru panitia di sekolah ini bagi aku sangat sporting habis,memang best sekolah dekat sini. Masalah dispilin dekat sekolah aku ini agak kurang sikitlah tapi guru disiplin dekat sekolah ni dapat dikawal sehabis baik dengan bantuan pengawaslah hehehe. Aku sebenarnya seorang pengawas dari from 1 lagi... Untuk pengetahuan semua sekolah ni telah menubuhkan Exco BADAR (Badan Dakwah Akhlak Dan Rohani ) pada tahun ni. Memang bestlah sekolah dekat sini. Dekat sekolah ni juga telah memupuk semangat 1 Malaysia untuk megekalkan perpaduan pada masa hadapan... Okeylah sampai dekat sini dululah aku cerita..Nanti aku sambung lagi okey... Assalammualaikum

0 comments:

Post a Comment